Saturday 23 February 2013

Hati Seorang Wanita

Views



Allah menciptakan kaum Wanita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.


Tapi tahukah kita rahsia disebalik hati seorang wanita itu??

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara. Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga - bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati seorang perempuan dan sekiranya dia mempunyai hati pada seseorang bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya begitulah perilakunya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Tingkah laku seorang wanita 

SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja ….
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM …
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui …..
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami … WANITA amat tabah ….
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam …
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum ….
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya ….
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus… bukan di khianati..



Thursday 21 February 2013

Lirik tercipta

Views

Pada suatu hari aku berada dalam keadaan yg sedih teramat sgt... baruku sedar bila aku terlalu sedih, atau terlalu appy, atau terlalu emosi akan ada bait2 perkataan muncul secara tiba2 dikepalaku.. ku dengan segera berlari2 anak tok mndapatkan laptopku dan dgn pantas aku menaip smua yg terlintas dikepalaku sehingga lah ianya diakhiri mnjadi sebuah lagu.. a song with a lyric, a song with a melody that i create suddenly.. 
now i realise this is me who suddenly can turn my sadness become a song... so let share it together... 



Akan ku kuatkan diriku

Aku....
lepaskan kau pergi....
mencapai apa yg kau ingini...
namunku jua yg terluka hingga kini...

Aku
sudah cuba melupakanmu..
kernaku ingin bhgia sepertimu...
namunku x bisa membohongi diriku..

inilah suratan takdir buatku..
aku kan bljr menerima semuanya...
inilah dugaan yg tuhan berikan utkku..
aknku kuatkan diri tempuhi segalanya..
kernaku percaya jodoh itu rahsiaNYA....

Aku...
melihat dari jauh kebahagiaanmu...
Sesungguhnya aku gembira buatmu..
namun di sudut hati x ign kau lupakanku

Aku..
ingin sekali bebaskan diri ini..
merasai kebahagiaan kembali...
namun tidak semudah yangku fikirkan...

Inilah suratan takdir buatku..
aku kan bljr menerima semuanya...
inilah dugaan yg tuhan berikan utkku..
aknku kuatkan diri tempuhi segalanya..
kernaku percaya jodoh itu rahsiaNYA....

lirik by me
lagu by me

Sunday 17 February 2013

Dia yang kau pilih

Views

Let take a break dgn mndgr lgu ini wat seketika.... lyric die sgt mndalam actually.. Layannnn~~~~~~~

Dia Yang Kau Pilih – Shahir


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Bila girls Gelabahhhh......!!

Views

Entry tok kali nie sy nak kabo tentang satu malam kubur berasap...ehhh bkn yg tuee cilap tentang satu malam  yang mana benar2 mmberi pengajaran wat kitaowg harap2 ianya juga memberi pengajaran buat kalian... huhuhuhuhu ok let the story begin~~~~~ huhuhuhu

nak jadikan cerita satu ari tu kitowg sewa kereta iaitu saya dan tiga org lgi kwn perempuan sy...  tujuan utama kitowg sewa keta ialah biasalorh sbg student mmg sekali sekala perlu tok release tension dan jalan2... asyik belajar jew 24 jam pown boring jugak so sometime kita kna hang out with friend for a while to release tension and whatsoever... 

satu hari kitowg hbskn bersiar2... kbtulan keesokkannya one of my friend nak smbg sewa keta yg sama jgk nak pegi wat assgmnt dkt PULAU PINANG... so kitaowg x pyh lorh anto keta tue dkt kdi sewa lgi... dan tiba2 one of my friend suggest apa kata kita OVERNIGHT malam nie,, amacam..??? tok pgthn smua kitowg kira kategori yg x prnh sbnrnyer nak overnight2 nie n this is the first and will be the last OVERNIGT yg akn ktaowg cba... huhuhuhu why? knapa? sbb ha nie lorh nak ceta nie... kitaowg kan kalu cba nak wat jahat cikit jew selalu jew ada yg x kna... hai mmg x boley jht lorh...

at that time i think around 12 lbh lorh midnight already from kitowg nyer U n kononnyer lorh nak overnight dkt satu tmpt nie tepi laut best jgk lorh so from ktowg punyer U dia amik msa dlm 1 jam jgk lorhh.. so kitowg smpi cana dalam 1 am lbh mcm tue... kdi tpi jln pown da ttp.. tp ada rmi jgk muda mudi lepak2 dkt citu.. ntah knapa kannn... hahahhah kitaowg pown lepak skjp borak2 hbs smua rhsia dicetakan... dah nak dkt kol 2 smua mcm mgantok jew kan so ktowg decide nak blk lorh... sy sponsor diri nak drive sbb yelakan diowg smua da mcm mgantok2 so sy rsa better sy drive lorhh sbb sy x rsa mgantok lgi pown... 

spnjg perjlnn sy drive tba2 sy rsa mcm sy da hbs tkn  mnyk tp die x nak jln....sy pgl lorh kwn sy yg sdp2 mghayati lgu kan...actually sy x nak takutkan diowg tp tulorh nak x nak diowg akn tau jgk lmbt laun... sy x brapa igt perbualan cemas wktu itu tp lbh krg mcm nie lorh...

sy : weiiii......(sy rsa mcm sy da hbs tkn  mnyk tp die x nak jln)

sowg kwn sy: awat???

sy: x dak apa...hehehhehe (tiba2 die jln blk mcm biasa)

 brapa minit kmudian

sy : weiiiiii.....(skali lgi sy rsa mcm sy da hbs tkn  mnyk tp die x nak jln owg utaqa kata die x mau pie)

sowg kwn sy: awat ang nie dri td dok wei2...

sy: ohhh x dak apa2... huuhuhu (tiba2 die jln blk mcm biasa)

bbrpa saat kmudian

sy : weiii aku bkn main2 ka pa dari td aku dok tekan minyak die tak mau pie nie... aku kalu boley x mau habaq lagu niie tp aku rasa MINYAK HABISSSS!!!!!!! 

ketiga2 kwn sy: hah!!! weiii biaq betoiii.... 

sowg lgi lak : weiii ang pie tepi pie tepi smntara smpt... 

begitulah hendaknyer kitaowg kehabisan minyak disaat waktu jam pukul 2.30 pagi.. dan kitaowg matikan kereta bkn matikan actually die brhnti dgn sndirinyer di tengah2 (hurmm actually ditepi sbb ktowg smpt ketepi sblom die btol2 hbs mnyk) jalan kelapa sawit yg gelap gelita yg mna hnya dua tiga buah kereta saja yg lalu lalang... Ya Allah sesungguhnyer betapa takutnyer ktaowg disaat itu... lpa utk sy britahu yg sbnrnyer meter minyak tu ada mslh cikit al mklum lorh keta sewa kan... kitaowg taruk minyak penuh pun die tulis warning... so kalu hbs pown ktowg mmg x tau lorhhh... denggg!!!! kna batang idong sndri msg2 cuak... tp ntah knapa sy mndpt kbraniaan sikit lorh dan mgkn da mnjdi tanggungjwb sy sbgi driver agaknyer sy cba kluar mndapatkan bntuan... hello kol dua tiga pagi sapa yg nak tolong smua org takot kot... 


one of my friend cba kol kwn2 kitowg... Alhmdulilah kwn kitaowg some HERO actually x tido lgi n diowg ngah on d way nak datang tolong... but the problem is keta  kitowg mati di pertengahan jalan antara tmpt yg ktaowg lepak td n U ktowg so it will take about SETENGAH JAM tok diowg smpi ke kitaowg blom lgi nak kira stesyen minyak mna yg msh bukak... OH MY GODDD...!!! d moment dimana semua takot giler ddk jew dlm keta tu kunci pintu sapew pown x brani nak kluar biar berpeluh2 pown kitaowg sggp.. tp Alhamdulilah lorh x smua gelabah sy dan seowg lgi kwn kita cba relaks supaya lgi dua owg x lorh trlalu panikk... yela di situasi sprti nie x dew dah fikiran positif beribu2 negatif adalah.. but we tried to be COOL like always... huhuhuhu  

berdoa dan terus berdoa sehingga lorh suddenly dlm gelap2 ada satu kereta datang dan mnuju kearah ktowg   dan mngetuk pintu tgkp sy... kwn sy ckp ehhh polis lorhhh baru lorh sy brani bukakkk tgkp tuhhh.... alhmdulilah terasa terselamat.. polis tue teman kitaowg smpi kwn2 kitaowg smpi and everything is going fine...(by d way mamat polis tu handsome cuci mata skjp....hahhahah) tp kitowg mmg kna bising lorh ngan polis n our friend yela pompuan kluar malam buat apa nihhh.... n bla bla bla bla bla.. selain kna bising keesokkannyer jdi topik diowg mgusik lorhhh... ha jalan jgn lupa taruk minyakkk... waduhhhh... tp apewpown itu pgajaran wat kitaowg n kitaowg berjanji tok x kan kluar mlm lgi.. now i know why owg tua2 ckp pompuan x manis kluar mlm... sbbnyer its not secure even kta ada black belt skali pown itu blom tentu mnjamin keselamatan kita tau jelorh dunia zaman skrg... so sy sarankan pompuan luar cana actually OVERNIGHT is not good for health... hahhhahah 






Friday 15 February 2013

fall in love with best fwen???

Views

Hari ini aku dengar sebuah lgu THAILAND... waduhh thai pown layan... eh2... tak bkn apa lagu die bila dgr not bad lorh sedap didengari walaupon x fhm... ehh sapa kata x fhm nie ha mksd lirik die... 


Hari ini, ku luahkan perasaan pada kawan ku,

Aku membuka hati ku mengatakan kau cinta aku,

Perkara yang ku ingini,

Adalah mengharapkan kau memahami,

Perkara yang ku ingini,

Adalah ingin kau merasainya juga,

Mengharapkan impian kita bersama


Tapi, kalau kau menduga,.....

Aku akan menerima keputusanmu.

Kalau bukan itu  harapan kau...

Aku akan memahaminya.

Ia Cuma satu mimpi

Tak mengapa, kita berkawan sahaja... 




lirik tuhh dari petikan filem nie lorh... huhuhuhu 

sedihnyer watak lam ceta nie die confess dkt kwn die tp kwn die mnolak... prnh kew fall in love with best fwen..??? huhuhuhu dangerous ok don't even try... hahhahaa actually hati mna boley halang kalu nak fall die fall jgk.. hahahha in the end of ceta THAI nienyer stories.. he accept her love... owww so sweet... how about korang...? don't be sad kalu x mnjdi.. stay COOL jussssssst like me... COOLkah aku??? heheheh whatever...!!! =)  



Tuesday 29 January 2013

I'm still waiting~~~~♥

Views




Buat yang sedang menunggu.. renungkan sejenak^^


Berapa lama anda sanggup menunggu? Seminit? Sejam? Sehari? Sebulan? Sukar untuk memberi jawapan yang pasti. Kerana semuanya bergantung pada perkara apa yang sedang ditunggu. Seperti membuat hipotesis dalam eksperimen, semakin penting perkara yang perlu ditunggu, semakin lama kita sanggup menunggu. Ataupun semakin penting perkara yang ditunggu, semakin berdebar-debar kita dibuatnya sepanjang tempoh menunggu itu.

Bagi mereka yang sakit perut dan tidak tahan mahu ke tandas, seminit pun bagai sejam rasanya..

Bagi seorang kekasih setia, menunggu sang buah hati selama dua jam pun tak terasa penatnya..

Bagi yang mahu mendapat hadiah percuma, menunggu di bawah terik mentari pun tidak mengapa…

Bagi yang menanti detik cemas bergelar suami/isteri, tak payah tunggu-tunggu sebab waktu seakan terhenti..

Bagi yang sedang menunggu hukuman mati, sedetik pun tidak mahu disiakan untuk menikmati nikmat sehela nafas..

Lebih kurang sama juga keadaannya bagi mereka yang sedang menunggu waktu berbuka, semakin hampir dengan waktu maghrib semakin resah untuk menunggu..

Benar, tiada siapa yang suka menunggu. Kalau boleh, semuanya mahu didapati dengan mudah dan pantas. Namun, hakikatnya tidak begitu. Walaupun penantian itu satu penyeksaan, tetapi kita tetap harus menunggu, menunggu dan menunggu. Setiap jiwa yang bernyawa di muka bumi ini tidak lain hanyalah menunggu, menunggu detik ajal datang menjemput, dan kembali pada pencipta yang Esa.

Selalunya apa yang akan kita buat sementara menunggu? Antara sedar atau tidak saat kita diletakkan dalam keadaan menunggu, kita akan BERDOA.

Bila kita menunggu untuk masuk tandas dalam keadaan sakit perut, kita akan berdoa supaya yang ditunggu cepat keluar dan kita dapat menunaikan ‘hajat’..

Bila kita sedang beratur menunggu makanan, kita akan berdoa supaya giliran kita cepat sampai atau makanan yang diidam-idam tidak dikebas orang..

Bila seorang kekasih menunggu buah hatinya, walaupun muka nampak macam tak kisah untuk menunggu lama, tapi percayalah dalam hati tetap berharap agar yang ditunggu lekas tiba…

Kerana bila kita diletakkan dalam keadaan menunggu, ia adalah seolah-olah satu keadaan kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Ini adalah penghujung jalan kita. Dan sekarang, kita hanya perlu menunggu. Menunggu keputusan atas segala yang telah kita lakukan. Baik atau buruk? Wallahualam. Jadi, apa lagi pilihan yang tinggal? Doa dan tawakal, itu sahaja.

Jika dipandang dari sudut positif, masa menunggu adalah pelengkap bagi setiap proses dalam kitaran agenda yang mengambil tempat dalam hidup kita. Mengambil contoh terdekat, saya dan rakan-rakan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan, dan seperti pelajar lain juga kami diletakkan dalam keadaan menunggu. Menanti keputusan usaha-usaha kami. Tidak dinafikan, saat ini kerisauan dan debaran mencapai tahap maksima. Tapi kerisauan itu bagaikan terubat pabila kita tahu kita sentiasa ada DIA tempat untuk kita meminta semoga dibantu untuk peperiksaan itu. Semoga hati kita tabah tatkala melihat apa sahaja yang tercatit diatas slip keputusan nanti. Masa menunggu upama pelengkap bagi usaha kita. Dalam tempoh inilah, kita akan memohon agar diberi keputusan yang baik, menyambung usaha duniawi kita dengan kerberkatan pengisian kekuatan hati agar apa yang diperolehi adalah yang terbaik buat kita dan ada keberkatan yang mengiringi.

Jadi,  Saya ingin mengingatkan diri saya dan dalam masa yang sama mengajak anda semua bersabar dalam menanti. Dan hiasilah penantian itu dengan kuntuman doa penuh keyakinan, kerana doa itu senjata paling berkuasa yang ALLAH kurniakan pada insan yang bergelar mukmin! Agar sekeping hati yang sedang menanti itu tidak gusar dan semoga penantian itu tidak lagi menyeksakan.....(credit to pelukis dakwah)



                                                                                                                            

                                                                                                                           

Wednesday 23 January 2013

taktik2 luah perasaan... hahhhahaha

Views

kadang2 perlu untuk kita bgitau owg yg kta sayang tu yg kta nie btol2 sygkn die... walaupown die da tau pntg tok kita pastikan die lbh mengetahui... supaya x dew lorh mnyesal suatu hari nanti...



kalu rsa malu nak luahkan perasaan mgkn kita boleh guna taktik dibawah ini... hahhahahaha selamat mncba...   

TAKTIK A
A: awak nie dah tinggi kew???
B: ermmm....
A: yela sbb dulu awk paras bahu sy ja tp skrg awak da di fikiran saya.... huhuhu

TAKTIK B 
A: awak nie da rendah kew???
B: hahhh
A: yela tidak awak di fikiran saya tp sekarang awk da di hati sy... huhuhu

TAKTIK C
A : awak nie pencuri kew...???
B : apaaa!!!!
A : yela dulu awk suka curi gula2 sy tapi skrg awak da smkn handal, curi hati sy...