Tuesday 29 January 2013

I'm still waiting~~~~♥

Views




Buat yang sedang menunggu.. renungkan sejenak^^


Berapa lama anda sanggup menunggu? Seminit? Sejam? Sehari? Sebulan? Sukar untuk memberi jawapan yang pasti. Kerana semuanya bergantung pada perkara apa yang sedang ditunggu. Seperti membuat hipotesis dalam eksperimen, semakin penting perkara yang perlu ditunggu, semakin lama kita sanggup menunggu. Ataupun semakin penting perkara yang ditunggu, semakin berdebar-debar kita dibuatnya sepanjang tempoh menunggu itu.

Bagi mereka yang sakit perut dan tidak tahan mahu ke tandas, seminit pun bagai sejam rasanya..

Bagi seorang kekasih setia, menunggu sang buah hati selama dua jam pun tak terasa penatnya..

Bagi yang mahu mendapat hadiah percuma, menunggu di bawah terik mentari pun tidak mengapa…

Bagi yang menanti detik cemas bergelar suami/isteri, tak payah tunggu-tunggu sebab waktu seakan terhenti..

Bagi yang sedang menunggu hukuman mati, sedetik pun tidak mahu disiakan untuk menikmati nikmat sehela nafas..

Lebih kurang sama juga keadaannya bagi mereka yang sedang menunggu waktu berbuka, semakin hampir dengan waktu maghrib semakin resah untuk menunggu..

Benar, tiada siapa yang suka menunggu. Kalau boleh, semuanya mahu didapati dengan mudah dan pantas. Namun, hakikatnya tidak begitu. Walaupun penantian itu satu penyeksaan, tetapi kita tetap harus menunggu, menunggu dan menunggu. Setiap jiwa yang bernyawa di muka bumi ini tidak lain hanyalah menunggu, menunggu detik ajal datang menjemput, dan kembali pada pencipta yang Esa.

Selalunya apa yang akan kita buat sementara menunggu? Antara sedar atau tidak saat kita diletakkan dalam keadaan menunggu, kita akan BERDOA.

Bila kita menunggu untuk masuk tandas dalam keadaan sakit perut, kita akan berdoa supaya yang ditunggu cepat keluar dan kita dapat menunaikan ‘hajat’..

Bila kita sedang beratur menunggu makanan, kita akan berdoa supaya giliran kita cepat sampai atau makanan yang diidam-idam tidak dikebas orang..

Bila seorang kekasih menunggu buah hatinya, walaupun muka nampak macam tak kisah untuk menunggu lama, tapi percayalah dalam hati tetap berharap agar yang ditunggu lekas tiba…

Kerana bila kita diletakkan dalam keadaan menunggu, ia adalah seolah-olah satu keadaan kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Ini adalah penghujung jalan kita. Dan sekarang, kita hanya perlu menunggu. Menunggu keputusan atas segala yang telah kita lakukan. Baik atau buruk? Wallahualam. Jadi, apa lagi pilihan yang tinggal? Doa dan tawakal, itu sahaja.

Jika dipandang dari sudut positif, masa menunggu adalah pelengkap bagi setiap proses dalam kitaran agenda yang mengambil tempat dalam hidup kita. Mengambil contoh terdekat, saya dan rakan-rakan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan, dan seperti pelajar lain juga kami diletakkan dalam keadaan menunggu. Menanti keputusan usaha-usaha kami. Tidak dinafikan, saat ini kerisauan dan debaran mencapai tahap maksima. Tapi kerisauan itu bagaikan terubat pabila kita tahu kita sentiasa ada DIA tempat untuk kita meminta semoga dibantu untuk peperiksaan itu. Semoga hati kita tabah tatkala melihat apa sahaja yang tercatit diatas slip keputusan nanti. Masa menunggu upama pelengkap bagi usaha kita. Dalam tempoh inilah, kita akan memohon agar diberi keputusan yang baik, menyambung usaha duniawi kita dengan kerberkatan pengisian kekuatan hati agar apa yang diperolehi adalah yang terbaik buat kita dan ada keberkatan yang mengiringi.

Jadi,  Saya ingin mengingatkan diri saya dan dalam masa yang sama mengajak anda semua bersabar dalam menanti. Dan hiasilah penantian itu dengan kuntuman doa penuh keyakinan, kerana doa itu senjata paling berkuasa yang ALLAH kurniakan pada insan yang bergelar mukmin! Agar sekeping hati yang sedang menanti itu tidak gusar dan semoga penantian itu tidak lagi menyeksakan.....(credit to pelukis dakwah)



                                                                                                                            

                                                                                                                           

No comments:

Post a Comment